Thursday, 13 October 2011

PSMZA

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) diasaskan pembinaannya pada tahun 2001 di kaki Bukit Bauk, Dungun Terengganu. Sebelum ini ia dikenali sebagai Politeknik Dungun atau PDT. PSMZA merupakan sebuah Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang ke-13 yang menawarkan peluang pengajian dalam bidang teknikal kepada pelajar-pelajar lepasan SPM. Terdapat empat jabatan induk di PSMZA iaitu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Awam dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang menawarkan sebanyak 9 kursus diperingkat diploma. Pada 24 Julai 2006, merupakan tarikh bersejarah kepada seluruh warga PSMZA apabila ia buat pertama kalinya dirasmikan oleh ke Bawah DYMM Sultan Terengganu iaitu Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muhtafi Billah sekaligus menyaksikan perubahan nama Politeknik Dungun kepada Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.











No comments:

Post a Comment